
Sunday, February 22, 2009

Ikatan Buku Sila...
Ikatan Bunga Keti...
Digunakan untuk menyambung tali yang tidak sama besar atau saiz untuk menarik beban berat seperti perahu mahupun menarik sang kerbau.

Digunakan sebagai pemula ikatan pada tiang atau mengikat kayu.
Simpul Belit...
Simpul Pulih...
Simpulan ini digunakan untuk memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.

Ikatan Seraya...
Biasanya digunakan untuk mengikat kayu berpalang misalnya membuat tangga, tiang khemah dan yang seangkatan dengannya. Mulakan dengan ikatan simpul manuk terlebih dahulu. Ikatan ini lebih kukuh dan tidak mudah terluncut atau tercabut. Tak percaya... korang cuba ikat... lepas tu tarik batang kayu yang korang dah ikat. Perghhh~ marvelous!
Lambang pengakap malaysia

1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara,Menolong orang setiap masa,Menurut undang-undang Pengakap.
2. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan
Persaudaraan Pengakap Sedunia".
7. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak",Hijau - "Pengakap Muda",Merah - "Pengakap Remaja"
8. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Lambang pengakap dunia

1. Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
2. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
3. Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
4. Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
5. Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
6. Warna putih-kesucian dan kebersihan.
Undang-undang pengakap

Undang-Undang Pengakap
1. Pengakap adalah sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya
2. Pengakap adalah taat kepada Yang diPertuan Agong serta Raja-Raja, Pemimpinnya, Ibu Bapanya, Majikannya dan orang-orang di bawahnya.
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa pun negeri, pangkat dan agamanya.
5. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap adalah sentiasa berlaku baik dan mengasihi segala binatang.
7. Pengakap adalah sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya dan pemimpin tanpa soal.
8. Pengakap adalah sentiasa sabar dan manis muka ketika menghadapi sebarang kesukaran.
9. Pengakap adalah berjimat cermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.